TAJUK:
MASJID HAMIDI MANJALARA KAMPUNG KEPALA BUKIT
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551
DISEDIAKAN OLEH,
NOR ADILA BINTI AHMAD
NO MATRIK: 2010814808
KUMPULAN: BMB2Ab
PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) KEWANGAN (BM222)
TARIKH HANTAR:
1 MAC 2O11
TAJUK:
MASJID HAMIDI MANJALARA KAMPUNG KEPALA BUKIT
Tajuk |
Isi kandungan |
Abstrak |
Pendahuluan |
Pengertian masjid |
Latar belakang masjid |
Aktiviti- aktiviti di masjid |
Masalah-masalah di masjid dan penyelesaiannya |
Cara-cara menghormati masjid |
Hukum hakam wanita haid di dalam masjid |
Penutup |
bibliografi |
lampiran |
ABSTRAK
Masjid adalah tempat yang suci untuk kita beribadah.Masjid adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan tempat yang mulia dan suci dalam Islam.
Sebagai umat islam kita haruslah selalu mengujungi rumah Allah S.W.T kerana dari situlah kita mendapat keredhaan dari NYA.Masjid adalah berbeza tempatnya berbanding surau dan rumah.Ini kerana di masjid terdapat semua kemudahan seperti sejadah,Al-quran,kain telekung untuk wanita dan sebagainya.Saya telah menemuramah imam-imam di masjid hamidi manjalara ini tentang aktiviti masjid dan kekangannya.
Selain itu, di masjid juga kita dapat menunaikan solat tahiyatul masjid yang selalu orang akan buat kalau datang masjid.Solat itu memberi seribu rahmat kepada kita kerana kita menghargai masjid.Masjid hamidi manjalara ini juga mempunyai keistimewaannya tersendiri.Contohnya ukiran-ukiran di dalam yang agak unik dan dapat menarik ramai penduduk.Masjid ini juga sangat terkenal antara kampung Kepala Bukit,Kampung Balik Bukit,Kampung Tok La,Kampung Bukit Sekechong,Kampung Chekong dan Kampung Titi Kera.
Kesimpulannya, di masjid hamidi manjalara ini semua penduduk di kampung-kampung yang terlibat akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahhim antara satu sama lain jika mereka bersama-sama menunaikan solat di masjid ini.
PENDAHULUAN
Asalammualaikum warahmatullah hiwabarakatoh.Pertama sekali bersyukur saya ke hadrat illahi kerana limpah dan kurniaNya saya berjaya menyiapkan projek ctu551 yang diberi oleh pensyarah saya.Tujuan saya adalah untuk menceritakan tentang institusi masjid di tempat saya iaitu Masjid Hamidi Manjalara.
dalam enakmen pentadbiran agama islam, seksyen 86 yang menyatakan bahawa
1) Masjid boleh pada bila-bila masa-
(a) Membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid;
(b) Membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid; atau
(c) Menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain menjadi masjid
2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan dalam di bawah suseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.
3) Masjlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.
Di masjid inilah penduduk-penduduk kampung sekitar bertemu lebih-lebih lagi ketika menghadiri Sembahyang Jumaat. Sekiranya ada sambutan Maulidul Rasul dan Maal Hijrah, mereka akan berkumpul di Masjid Hamidi Manjalara untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. berharap masjid ini akan dijaga oleh penduduk sekitar ini dengan sebaik-baiknya kerana masjid ini dibina untukita beribadah kepada Allah.
Secara kesimpulannya masjid ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk di kawasan Kampung Kepala Bukit dengan kampung-kampung di sekitarnya.Apabila penduduk selalu pergi ke masjid akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t kerana menghargai rumahNya.
PENGERTIAN MASJID
Masjid adalah masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Masjid juga adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan tempat yang mulia dan suci dalam Islam.Selain dari menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas dasar takwa.
Firman Allah,
Ertinya, sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih kepada orang yang bersih.
Firmannya lagi,
Ertinya, manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya atas takwa kepada Allah dan keredhaannya, atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya dalam neraka jahanam ? sedang Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniaya.
Memandangkan kepada pentingnya pembinaan masjid dalam perkembangan agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan
( Ahmad dan Abu daud dan Al-Tarmizi )
Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis :
Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda
Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis tersebut jelaslah bahawa seseorang yang hendak membuat amal jariah mendirikan masjid atau mengeluarkan harta sebagai derma mendirikan masjid mestilah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi Muhammad s.a.w.. Seterusnya elakkan diri dari mengandungi niat atau tujuan yang kotor yang tidak diredhai oleh Allah.
Sebagaimana firmannya ;
Ertinya ;Di antara mereka terdapat juga orang-orang yang mendirikan masjid untuk mendatangkan mudarat dan kufur, dan mencerai beraikan antara orang-orang yang beriman dan sebagai pengintip kepada orang-orang yang memerangi Allah dan Rasulnya semasa dahulu serta mereka bersumpah dengan katanya, "Tiadalah kami bermaksud untuk memperbuat masjid ini melainkan semata-mata kebaikan " sedang Allah mengetahui bahawa mereka orang yang bohong.
Surah At-Taubah ayat 107
LATAR BELAKANG MASJID HAMIDI MANJALARA
Masjid di kampung kepala bukit ini diberi Nama Masjid Hamidi Manjalara.Masjid ini terdapat 3 orang imam,seorang bilal dan seorang siak. Masjid hamidi manjalara selalunya diuruskan oleh 3 orang imam.Antaranya ustaz razali bin zakaria, ustaz awang bin abu dan ustaz che ani bin khamis.Ustaz razali bin zakaria menjadi imam sepenuhnya di kampung kepala bukit.Manakala ustaz awang bin abu selain menjadi imam dia juga menjadi penghulu ataupun jawatankuasa kampong dan ustaz che ani bin khamis pula pekerjaan sementaranya keranisekolah menengah kebangsaan tobiar.
Masjid Hamidi Manjalara ini terdapat pelbagai keistimewaan.Sebagai contohnya reka bentuk masjid itu sangat cantik dan unik.Masjid ini diukir menjadi berbagai-bagai bentuk di dalam nya dan menyebabkan keadaan masjid tenang dan sangat menarik bagi penduduk kampung luar Bandar.Selain itu masjid ini juga terdapat pelbagai kemudahan disediakan.Contohnya di masjid ini terdapat kain telekung untuk wanita.Selain itu di masjid ini juga terdapat kain sejadah, dan pinggan mangkuk ,kuali dan periuk yang disediakan untuk majlis kenduri kendara yang diadakan dimasjid.
Tambahan pula.di masjid ini juga tersedianya mimbar.Mimbar ini digunakan oleh khatib untuk berkhutbah pada solat jumaat.Di masjid hamidi manjalara ini juga terdapat al-quran dan yassin kepada orang-orang yang datang untuk belajar mengaji al-quran ataupun bacaan yassin pada setiap malam jumaat.
AKTIVITI-AKTIVITI DI MASJID
Di masjid ini terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan Contohnya,di masjid inilah penduduk-penduduk kampung sekitar bertemu lebih-lebih lagi ketika menghadiri Sembahyang Jumaat. Sekiranya ada sambutan Maulidul Rasul dan Maal Hijrah, mereka akan berkumpul di Masjid Hamidi Manjalara untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti-aktiviti seperti ini telah menyatukan penduduk-penduduk sekitar lebih-lebih lagi penduduk Kampung Kepala Bukit dengan kampung-kampung lain.
Mereka juga sering kali mengadakan pertandingan di antara kampung-kampung seperti pertandingan rumah tercantik, rumah terbersih dan sebagainya.Masyarakat Kampung Kepala Bukit dan kampung-kampung sekitar sibuk membersihkan rumah, menghias halaman rumah, menanam pokok-pokok bunga dan sebagainya. Apabila adanya majlis kenduri kahwin, sambutan Maal Hijrah, Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Raya, mereka pasti bergotong-royong di antara satu sama lain.Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk di kawasan Kampung Kepala Bukit dengan kampung-kampung di sekitarnya.
Selain itu, masjid ini juga selalu mengadakan bacaan yassin setiap malam jumaat bersama-sama jemaah yang hadir menunaikan solat berjemaah pada waktu maghrib.Di masjid ini juga,pihak ahli jawatan kuasa masjid selalu mengadakan kuliah dan ceramah kepada penduduk yang hadir ke masjid. Pada bulan puasa di masjid hamidi manjalara ini juga selalu mengadakan masjid berbuka puasa untuk orang ramai dan mengadakan moreh selepas menunaikan solat sunat tarawih pada bulan ramadhan.
Tambahan pula, pada musim perayaan selalunya masjid ini penduduk kampung menunaikan solat sunat aidilfitri dan solat sunat aidiladha.Pada hari raya aidilfitri selalunya pihak masjid akan mengadakan jamuan makan bersama-sama.contohnya lemang dan kuih muih manakala pada hari raya aidiladha pihak masjid akan mengadakan qurban untuk orang ramai.Pihak masjid juga akan sedekah sebahagian daripada daging qurban kepada fakir-fakir miskin.
Di samping itu,di masjid ini juga penduduk-penduduk akan datang sebulan sekali untuk bergotong royong membersihkan di sekitar masjid.Mereka akan bekerjasama untuk menyelesaikan aktiviti bergotong royong ini.
Secara kesimpulan,di masjid inilah penduduk-penduduk bertemu untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahhim antara satu sama lain.
MASALAH-MASALAH DI MASJID DAN PENYELESAIAN
Setiap masjid mempunyai masalah tersendiri termasuklah masjid hamidi manjalara ini.Masjid ini selalunya akan mempunyai masalah kehilangan kasut.Pada setiap hari jumaat ataupun musim perayaan selalu menghadapi masalah ini.perkara ini terjadi kerana pihak masjid tidak membina tempat meletakkan kasut.Selalunya kasut hanya diletakkan di atas kaki tangga masjid dan ini akan menyebabkan kasut-kasut antara penduduk tertukar ataupun hilang.Selain itu, tempat di masjid ini kecil dan tidak muat untuk menampung ramai penduduk terutamanya pada musim perayaan dan solat jumaat.Masjid ini tidak dapat memuatkan ramai penduduk pada musim perayaan kerana orang-orang dari Bandar pulang ke kampung dan meyebabkan pihak masjid terpaksa menghampar tikar-tikar di luar kawasan masjid kepada jemaah-jemaah yang tidak dapat masuk ke dalam masjid.Tambahan pula, di masjid juga kanak-kanak membuat bising ketika penduduk-penduduk kampung sedang solat berjemaah.
oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya pihak masjid harus meminta bantuan daripada orang ramai ataupun kerajaan negeri untuk membina rak-rak kasut untuk mengelakkan kehilangan kasut pada musim perayaan atau waktu solat jumaat.Selain itu, pihak masjid juga perlu memperbesarkan kawasan solat supaya orang ramai tidak perlu sembahyang di luar kawasan dalam masjid.Akhir sekali, pihak masjid perlu memberitahu kepada ibu bapa supaya tidak membawa kanak-kanak bawah umur 10 tahun untuk mengelakkan kebisingan.pihak masjid juga boleh memberi nasihat kepada kanak-kanak itu agar tidak membuat bising tataupun mengajak mereka menunaikan solat bersama-sama.
CARA-CARA MENGHORMATI MASJID
Setiap masjid mempunyai papan kenyataan untuk memberitahu cara-cara menghormati masjid.Di masjid hamidi manjalara juga terdpat cara-cara menghormati masjid.Oleh itu setiap orang Islam perlu mendampingi rumah-rumah Allah ( masjid ) hendaklah menjaga kehormatan dan kesuciannya sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam sabdanya ;
1) Ertinya:"Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka janganlah terus duduk sehingga ia mengerjakan dua rakaat ( tahiyatul masjid )
2)Ertinya ;"Dari Abi Qatadah radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah bersabda, "Apabila seseorang dari kalangan kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat
( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk
( tahiyatulk masjid ) sebelum ia duduk
3) Ertinya ;Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda "Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah ( masjid ) dari rumah Allah sedang mereka membaca kitab Allah serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh para malaikat ( pembawa rahmat ) dan turun mereka semangat tenang dan tenteram serta mereka diliputi oleh limpahan rahmat. Dan juga mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan ( malaikat-malaikat ) yang ada di sisinya".
Kesimpulannya,setiap penduduk masjid hamidi manjalara perlulah menghormati adab-adab berada di dalam masjid untuk mendapat keredhaan dariNya.
HUKUM HAKAM WANITA HAID DI DALAM MASJID
Terdapat pandangan yang berbeza mengenai hukum perempuan haid duduk atau berhenti di dalam masjid.Ada yang mengatakan hukumnya haram dan ada yang mengatakan harus
Pendapat yang mengatakan hukumnya haram;
Pertama:
الشيخ محمد أرشد بن عبد الله البخارى di dalam kitabnya سبيل المهتدين للتفقه فى أمر الدين
Mengatakan:
“Bermula haram sebab haid dan nifas barang yang haram sebab janabah daripada sembahyang,tawaf dan sujud tilawah dan sujud syukur dan khutbah Jumaat dan menyentuh mashaf dan berhenti di dalam masjid dan membaca al-Quran dan dengan qasad al-Quran.
Adapun lalu sahaja di dalam masjid jika takut bertitik darah haid, maka hukumnya haram kerana memelihara kesucian masjid daripada terkena najis,tetapi jika sekiranya tidak takut menitik darah haid, maka tiada haram cuma hukum makruh sahaja. (hal. 136)
Mengenai orang yang berjunub:
Syahadan bahawa haram atas orang yang berjunub yang Islam lagi baligh berhenti dalam masjid atau berjalan berulang di dalamnya, jikalau pada serambinya sekalipun, melainkan kerana dharurat seperti ada ia dalam masjid maka ihtilam (bermimpi) pada malam itu, jika takut ia akan kebinasaan harta atau dirinya, maka harus dia berhenti di dalamnya. (hal. 79)
Kedua:
الشيخ العلامة زين الدين بن عبد العزيز الملبارى di dalam kitabnya فتح المعين
Meriwayatkan diharamkan ke atas perempuan haid apa yang diharamkan ke atas orang yang berjunub.
Ketiga:
الشيخ محمد الشربينى الخطيب di dalam kitab الإقناع فى حل الألفاظ أبى شجاع
Mengatakan diharamkan ke atas perempuan haid memasuki masjid, duduk atau berulang alik di dalamnya berdasarkan firman Allah s.w.t:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا..} (النساء:آية 43) Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang (mengerjakannya), sedang kamu dalam keadaan mabuk,hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (menghampiri masjid), sedang kamu dalam keadaan junub, berhadas besar kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci”.
Dan Hadis Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ". (رواه أبو داود عن عائشة رضى الله عنها) Maksudnya:
“Tidak aku halalkan (duduk) di dalam masjid bagi perempuan haid dan orang yang berjunub”.
Keempat:
محمد اسماعيل داود فطانى di dalam kitab مطلع البدرين ومجمع البحرين
Menyatakan: “ Bermula haram dengan sebab haid dan nifas itu dengan barang yang diharamkan atas orang yang junub sekaliannya (dan) ditambahkan pula haram lalu di dalam masjid jika takut titik darahnya. (Maka jika) tiada takut maka makruh jua. (hal. 27)
Kelima:
الإمام زكريا يحى محى الدين بن شرف النووى di dalam kitab المجموع شرح المهذب للشيرازى، الجزء الثانى
Menyatakan, pengarang kitab ini berkata haram duduk perempuan haid di dalam masjid berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِجُنُبٍ وَلَا حَائِضٍ". Maksudnya:
“Tidak aku halalkan masjid (duduk di dalam masjid) bagi orang yang berjunub dan perempuan haid”.
Adapun melintas sahaja di dalamnya dengan yakin tidak menitis darah haid, maka harus hukumnya, disebabkan ia memakai pakaian yang mencegah daripada darah menitis (seperti cawat, tuala wanita dan sebagainya) kerana yang dilarang duduk ialah orang yang berhadas besar, maka tidaklah dilarang sebagaimana larangan ke atas orang yang berjunub. Kata Imam Syafie: “Adapun lalu perempuan haid tanpa berhenti duduk di dalam masjid hukumnya adalah makruh”.
Berkata guru kami,“Jika perempuan haid takut mengotori masjid, kerana ketiadaan pakaian cawat yang kalis titisan darah atau limpahan darah yang boleh menitik maka haram melintas di dalam masjid tanpa khilaf lagi”. (hal. 288 – 289)
Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum perempuan haid yang masuk ke dalam masjid dan duduk di dalamnya. Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan harus.Pendapat yang mengatakan haram lebih ramai dan lebih kuat hujjah mereka berbanding dengan pendapat yang mengatakan harus.Pendapat yang mengatakan haram beralasan kerana perempuan haid adalah berhadas besar seperti juga orang yang berjunub. Sedangkan orang yang berjunub jelas dilarang duduk atau berhenti di dalam masjid. Al-Quran dan al-Hadis jelas melarangnya.Perempuan haid hanya boleh melintasi, menyeberang dan melalui dalam masjid dengan syarat ia yakin dan pasti darah haidnya tidak menitis dengan memakai cawat atau pakaian yang kalis daripada menitis atau melimpah darah haid.Perempuan haid hanya boleh duduk atau berhenti di dalam masjid dalam keadaan darurat dan terpaksa. Seperti menjaga keselamatan dirinya dan harta bendanya daripada bahaya.Kebersihan dan kesucian hendaklah dijaga, samada dari segi zahirnya mahupun batinnya.Jika sekiranya seseorang perempuan sedang beriktikaf di dalam masjid, tiba-tiba dia datang haid, maka dia hendaklah keluar dan meninggalkan masjid. Jika dikiaskan dengan ibadat lain sama juga hukumnya.
Daripada pendapat yang diutarakan, sepertimana penulis asal,saya juga lebih cenderung dan bersetuju dengan pendapat ulama’ yang mengharamkan perempuan haid berhenti dan duduk di dalam masjid, memandangkan hujjah mereka jelas dan kuat berdasarkan al-Quran dan al-Hadis jika dibandingkan dengan pendapat yang mengharuskannya.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, masjid hamidi manjalara ini adalah tempat yang suci untuk umat islam beribadah.Dari perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).
Masjid ini terdapat banyak aktiviti yang dilakukan kepada penduduk-penduduk kampung kepala bukit dan sekitarnya.Contohnya bergotong royong, bacaan yassin di malam jumaat dan sebagainya.Aktiviti ini dilakukan untuk mengeratkan lagi ukhwah hubungan silaturrahhim antara umat Islam.
Selain itu, masjid hamidi manjalara ini juga terdapat pelbagai kemudahan kepada semua penduduk.Ia juga berdekatan antara kampung-kampung yang terletak berhampiran dengan Kampung Kepala dan sekitarnya.Hubungan di antara penduduk kampung sangat akrab kerana mereka sering kali berjumpa apabila adanya pelbagai aktiviti di masjid.
Oleh itu,sebagai penduduk di kampung kepala bukit kita perlulah menjaga masjid hamidi manjalara. Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya: "barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."
Ayat terakhir di dalam al-Qur'an yang mengandungi perkataan masjid membawa satu peringatan keras mengenainya berbunyi,"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)
Oleh yang demikian, janganlah seru, atau sebut, siapa saja yang selain daripada Allah di dalam masjid-masjid kepunyaan Allah. Takut nanti Dia murka, lalu menurunkan kemurkaan dari langit yang menghapuskan manusia
RUJUKAN
option=com_content&view=article&id=10&Itemid=14&lang=ms
LAMPIRAN
MASJID HAMIDI MANJALARA KAMPUNG KEPALA
LAMPIRAN
MASJID HAMIDI MANJALARA KAMPUNG KEPALA